Amerika akan kenakan tarif sekitar 100% ke atas import semikonduktor: Trump
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: REUTERS/Florence Lo)
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mengenakan tarif sekitar 100 peratus ke atas cip semikonduktor yang diimport ke negara itu, kata Presiden Donald Trump pada Rabu (6 Ogos).
Encik Trump memberitahu media di Pejabat Oval bahawa kadar tarif baharu itu akan dikenakan ke atas "semua cip dan semikonduktor yang masuk ke Amerika Syarikat".
Tarif baharu itu bagaimanapun tidak akan dikenakan ke atas syarikat yang sudah memberi komitmen untuk menjalankan pengilangan di Amerika Syarikat.
"Jadi, tarif 100 peratus ke atas semua cip dan semikonduktor yang masuk ke Amerika Syarikat.
"Namun jika anda telah membuat komitmen untuk membina (kilang) di Amerika Syarikat, atau jika anda sedang dalam proses membina (di Amerika Syarikat), seperti ramai yang sedang lakukan, maka tiada tarif akan dikenakan," kata Encik Trump.

Sumber : Agensi berita/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.