Amerika akan kenakan tarif baharu ke atas cip China tapi tangguh hingga Jun 2027
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mengenakan tarif baharu ke atas import semikonduktor China tetapi telah menangguhkan langkah itu sehingga Jun 2027, kata pentadbiran Presiden Donald Trump pada Selasa (23 Dis), menandakan usaha untuk mengekalkan perjanjian perdagangan yang rapuh dengan Beijing.
Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) menyatakan bahawa tarif tersebut akan menyasarkan cip "warisan" atau teknologi lama China, menyusuli siasatan selama setahun terhadap apa yang disifatkan oleh Washington sebagai usaha "tidak munasabah" Beijing untuk menguasai industri semikonduktor.
Kadar tarif akan diumumkan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum ia dikuatkuasakan.
SIASATAN SEKSYEN 301
Keputusan itu berpunca daripada siasatan Seksyen 301 terhadap amalan perdagangan tidak adil yang dilancarkan tahun lalu di bawah mantan Presiden Joe Biden.
Siasatan itu mendapati bahawa pengembangan kapasiti penghasilan cip yang disokong oleh China membebankan perdagangan Amerika Syarikat dan oleh itu "boleh diambil tindakan" di bawah undang-undang perdagangan, menurut USTR.
Sambil mengekalkan pilihan untuk mengenakan tarif, pentadbiran Presiden Trump memilih untuk menangguhkan pelaksanaannya sehingga pertengahan 2027. Para pegawai berkata tempoh itu akan membolehkan Washington mengekalkan pengaruh tanpa mengganggu rundingan yang lebih luas dengan Beijing.
Kedutaan China di Washington tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan untuk memberi komen.
Semikonduktor China sudah tertakluk kepada tarif yang tinggi. Duti tambahan sebanyak 50 peratus yang dikenakan di bawah pentadbiran mantan Presiden Biden berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, menambah kepada levi terdahulu.
Para penganalisis mengatakan tindakan terkini mencerminkan percubaan Washington untuk mengimbangi tekanan ke atas dasar perindustrian China dengan risiko berlaku peningkatan perdagangan baharu yang boleh menjejas pasaran teknologi global.

Sumber : Reuters/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.