Amerika akan haramkan penjualan kenderaan bijak dipasang teknologi China
Amerika Syarikat telah memuktamadkan peraturan pada Selasa (14 Jan) untuk mengharamkan penggunaan teknologi dari China dalam kereta-kereta yang dijual di pasaran Amerika.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Reuters)
WASHINGTON: Amerika Syarikat telah memuktamadkan peraturan pada Selasa (14 Jan) untuk mengharamkan penggunaan teknologi dari China dalam kereta-kereta yang dijual di pasaran Amerika.
Peraturan baharu itu menyasarkan sofwe dan hadwe dari ekonomi kedua terbesar di dunia berhubung risiko keselamatan negara.
Pengumuman itu yang juga tertakluk kepada teknologi dari Rusia, dilaksanakan sedang Presiden Joe Biden menggulungkan usaha untuk meningkatkan langkah-langkah sekatan terhadap China, dan menyusuli proses pengawalseliaan selama beberapa bulan.
"Kereta-kereta pada masa kini bukan sekadar besi yang beroda - ia juga adalah komputer," kata Setiausaha Komersil Amerika Gina Raimondo.
Cik Raimondo menarik perhatian bahawa kenderaan moden kini mengandungi kamera, mikrofon, alat penjejak GPS dan teknologi-teknologi lain yang terhubung kepada Internet.
"Ia adalah pendekatan bersasar untuk memastikan teknologi buatan China dan Rusia tidak digunakan di jalan raya di Amerika," katanya.
Pada masa ini, peraturan baharu itu hanya tertakluk kepada kenderaan penumpang dengan berat bawah 4,536 kilogram, menurut Jabatan Komersil Amerika.
Bagaimanpun, ia juga merancang mengeluarkan peraturan yang berasingan yang menyasarkan teknologi dalam kenderaan komersial seperti trak dan bas "dalam masa hadapan terdekat ini".
Buat masa ini, syarikat pengeluar kenderaan elektrik China, BYD mempunyai kemudahan di California yang menghasilkan bas dan kenderaan lain.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.