Skip to main content

Dunia

Amerika akan berusaha tamatkan konflik Sudan atas pemintaan Saudi: Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika akan berusaha tamatkan konflik Sudan atas pemintaan Saudi: Trump
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyambut Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman semasa upacara ketibaan di Rumah Putih, di Washington, DC, Amerika Syarikat, pada 18 November 2025. (Gambar: REUTERS/Kevin Lamarque)
Diterbitkan : 20 Nov 2025 12:14PM Dikemas Kini : 20 Nov 2025 12:28PM
WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Rabu (19 Nov)berkata Amerika Syarikat akan berusaha untuk menamatkan konflik di Sudan atas permintaan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Beliau mahu saya melakukan sesuatu yang besar berkaitan Sudan. Ia tidak termasuk dalam perancangan saya untuk terlibat dalam hal itu. 

"Saya fikir ia sesuatu yang rumit dan di luar kawalan, tetapi kini saya lihat betapa pentingnya isu ini bagi beliau dan ramai rakan beliau di dalam dewan ini,” kata Encik Trump semasa forum pelaburan Saudi-Amerika Syarikat sehari selepas meraikan kehadiran putera mahkota itu di Rumah Putih.

“Kita akan mula bekerja tentang isu Sudan,” kata beliau.

Pada 4 November, Rumah Putih menyatakan bahawa pentadbiran Presiden Trump merupakan sebahagian daripada sekumpulan negara yang berusaha untuk menamatkan keganasan yang melanda Sudan selama lebih dua tahun setengah. 

Tidak jelas sama ada kenyataan Encik Trump itu menandakan penekanan semula terhadap usaha berkenaan.

Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) terjerumus dalam peperangan dahsyat sejak 15 April 2023. 

Konflik itu mengorbankan ribuan nyawa dan memaksa jutaan orang meninggalkan kediaman mereka.

Setakat ini, RSF menguasai kesemua lima wilayah di rantau Darfur di barat Sudan, manakala pasukan tentera mengawal sebahagian besar 13 wilayah lain di selatan, utara, timur dan tengah, termasuk ibu negara Khartoum.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita