Amerika akan 'ambil alih' Gaza: Trump
Anggaran Waktu Membaca:

Presiden Amerika Donald Trump (kanan) dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bercakap di satu sidang media di Rumah Putih di Washington, DC, pada 4 Feb 2025. (Gambar: Jim Watson/AFP)
WASHINGTON: Presiden Donald Trump memberi cadangan yang luar biasa, supaya Amerika Syarikat "mengambil alih" Carikan Gaza.
Ini sedang beliau mengadakan rundingan penting bersama Perdana Menteri Israel berhubung gencatan senjata itu dengan kumpulan Hamas.
Encik Trump juga mengulangi gesaannya agar penduduk Palestin berpindah daripada wilayah yang dilanda perang itu ke negara Timur Tengah seperti Mesir dan Jordan, sekalipun rakyat Palestin dan negara-negara tersebut sekeras-kerasnya menolak cadangannya.
"Amerika akan mengambil alih Carikan Gaza dan kami juga akan menguruskannya. Kami akan memilikinya," kata Encik Trump dalam sidang media bersama dengan Encik Netanyahu.
Encik Trump berkata Amerika Syarikat akan melenyapkan sebilangan bom yang tidak meletup, "meratakan tapak itu" dan menghapuskan bangunan yang musnah, dan "mewujudkan pembangunan ekonomi yang akan membekalkan bilangan pekerjaan dan perumahan yang tidak terhad bagi penduduk di kawasan itu".
Pun begitu, Encik Trump nampaknya memberi bayangan bahawa bukan rakyat Palestin yang akan kembali ke sana.
"Ia tidak sepatutnya melalui proses pembinaan semula dan pendudukan oleh orang yang sama yang sudah benar-benar kekal di sana dan berjuang untuknya dan tinggal di sana dan mati di sana dan hidup dalam kewujudan yang menyedihkan di sana," katanya.
Beliau berkata dua juta penduduk Gaza sebaliknya harus "pergi ke negara lain yang mempunyai kepentingan dalam kemanusiaan".
Sementara itu, Ehcik Netanyahu menyifatkan Encik Trump sebagai "rakan paling hebat yang pernah Israel ada".
Beliau menarik perhatian bahawa rancangan Gaza oleh presiden Amerika tersebut boleh "mengubah sejarah" dan patut "diberi perhatian".
Mesir dan Jordan telah sekeras-kerasnya menolak cadangan Encik Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza.
Sementara itu, utusan Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertegas bahawa pemimpin dunia harus "menghormati" kehendak rakyat Palestin.

Sumber : AFP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.