Skip to main content

Dunia

Amerika akan ambil alih Cuba 'tidak lama lagi', kata Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat (1 Mei) berkata Amerika akan mengambil alih Cuba “tidak lama lagi”, sambil mencadangkan sebuah kapal induk pesawat Amerika Syarikat boleh dikerahkan berhampiran perairan negara pulau itu bagi memaksanya menyerah diri, lapor Anadolu Ajansi.

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika akan ambil alih Cuba 'tidak lama lagi', kata Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan bahawa demonstrasi kekuatan sahaja sudah memadai untuk memaksa Cuba menyerah diri. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 02 May 2026 01:58PM
HAMILTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Jumaat (1 Mei) berkata Amerika akan mengambil alih Cuba “tidak lama lagi”, sambil mencadangkan sebuah kapal induk pesawat Amerika Syarikat boleh dikerahkan berhampiran perairan negara pulau itu bagi memaksanya menyerah diri, lapor Anadolu Ajansi.

“Cuba, yang kita akan ambil alih tidak lama lagi,” kata Encik Trump dalam satu acara di Florida, sambil mendakwa “Cuba sedang berdepan masalah.”

Encik Trump menyatakan langkah itu akan menyusul selepas perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran, sambil menambah Washington akan mengerahkan sebuah kapal induk tentera dalam perjalanan pulang.

“Dalam perjalanan pulang dari Iran, kita akan bawa sebuah kapal besar kita, mungkin kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln, yang terbesar di dunia; kita akan bawa kapal itu masuk, berhenti kira-kira 100 ela dari pesisir,” kata Encik Trump.

Beliau seterusnya mencadangkan bahawa demonstrasi kekuatan sahaja sudah memadai untuk memaksa Cuba untuk menyerah diri, dengan mengatakan: “Mereka akan berkata, ‘Terima kasih banyak. Kami menyerah kalah,’” sambil menambah: “Saya suka menamatkan sesuatu tugas.”

Encik Trump pada Jumaat turut menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan sekatan baharu terhadap individu dan entiti yang mempunyai kaitan dengan Cuba, dengan alasan kebimbangan terhadap ancaman kepada keselamatan negara dan dasar luar Amerika Syarikat.

Encik Trump berulang kali menyatakan bahawa Cuba adalah sasaran “seterusnya” selepas operasi ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Iran dengan negara pulau Caribbean itu akan “tumbang” tidak lama lagi.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita