Ambulans udara terhempas di Philadelphia; beberapa mangsa dipercayai maut
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AP Photo/Matt Rourke)
PHILADELPHIA: Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat (31 Jan) di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Menurut Agensi Anadolu (AA) pesawat itu yang dilaporkan sebagai ambulans udara, berlepas dari Northeast Philadelphia Airport sebelum terhempas sekitar pukul 6.30 petang waktu tempatan, mencetuskan beberapa kebakaran.
Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), terdapat dua orang di dalam pesawat tersebut.
Tetapi seorang wartawan FOX 29 memetik Polis Philadelphia yang mengatakan sekurang-kurangnya enam orang, termasuk dua juruterbang, dua doktor, seorang pesakit dan seorang ahli keluarga, dipercayai terbunuh.
Setiausaha Pengangkutan Sean Duffy berkata terdapat enam orang di dalam pesawat, mengukuhkan laporan media.
Pasukan kecemasan sudahpun tiba di lokasi nahas, yang menurut para saksi, mereka terdengar letupan kuat dan melihat beberapa kenderaan terbakar.
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) sedang menjalankan siasatan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.