Ambulans di M'sia terbalik dilanggar kereta dipandu jururawat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
BATU GAJAH: Sebuah ambulans milik syarikat swasta yang membawa pesakit, terbalik selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu jururawat di persimpangan lampu isyarat Kampung Pisang dekat Batu Gajah pada Khamis (14 Jul).
Kejadian sekitar pukul 1.35 petang itu mengakibatkan pesakit yang merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima sebuah sekolah Batu Gajah yang mengalami kecederaan di bahagian pinggul kiri, seperti dinukil daripada Sinar Harian.
Kemalangan turut mengakibatkan pemandu ambulans berusia 28 tahun cedera di bahu kanan, penolong pegawai perubatan berusia 30 tahun lebam di muka dan bahu serta pembantu perubatan wanita berusia 39 tahun luka di bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, siasatan awal mendapati, ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Toh Indera Wangsa Ahmad menghala ke Hospital Batu Gajah, lapor Sinar Harian.
Menurutnya, tiba di tempat kejadian, ambulans terbabit sudah dilanggar di bahagian tengah sebelah kiri oleh sebuah kereta jenis Toyota Vios dari arah Seri Iskandar yang tidak memberikan laluan.
"Akibat pelanggaran itu, pemandu dan tiga penumpang ambulans termasuk seorang pesakit mengalami kecederaan.
"Pemandu Toyota Vios wanita berusia 46 tahun yang bekerja sebagai jururawat dan seorang lelaki berusia 21 tahun yang duduk di bahagian penumpang belakang tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bagaimanapun, penumpang hadapan kereta iaitu wanita warga emas berusia 77 tahun mengalami luka di bahagian pipi, mulut dan kaki kanan," katanya ketika dihubungi Batu Gajah pada Khamis (14 Jul).
Beliau berkata, pesakit ambulans dan warga emas berkenaan sudah dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut, lapor Sinar Harian.
Katanya, kenderaan terlibat kemalangan sudah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.
"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.