Ambil semula pengganas ISIS, kata Trump kepada Eropah
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meminta negara-negara sekutunya di Eropah supaya mengambil semula lebih 800 anggota kumpulan pengganas ISIS yang ditawan di Syria dan membawa mereka ke mahkamah.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Kevin Lamarque/Reuters)
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meminta negara-negara sekutunya di Eropah supaya mengambil semula lebih 800 anggota kumpulan pengganas ISIS yang ditawan di Syria dan membawa mereka ke mahkamah.
Jika tidak, para anggota ISIS itu, katanya, mungkin terpaksa dibebaskan.
Presiden Trump mengulangi bahawa pemerintahan ISIS bakal tumbang tidak lama lagi.
Kumpulan bersenjata di Syria yang disokong Amerika Syarikat semakin hampir menguasai sebuah kawasan kecil di Euphrates, yang masih berada di tangan ISIS.
Presiden Trump sudah berikrar untuk mengundurkan semua askar Amerika Syarikat dari Syria apabila seluruh kawasan Syria yang dikuasai ISIS sudah dapat dibebaskan.
Namun, langkah Presiden Trump itu menimbulkan pula tanda tanya tentang nasib puak Kurdi yang menjadi sekutu Amerika Syarikat di Syria dan penglibatan tentera Turki di bahagian timur laut Syria.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.