Amazon perkukuh kedudukan AI dengan pelaburan AS$50 bilion dalam OpenAI
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AP)
- Amazon telah melabur AS$50 bilion dalam OpenAI, memperoleh hampir lima peratus pegangan ekuiti dalam syarikat pencipta ChatGPT itu.
- Pelaburan ini memperkukuh kedudukan Amazon dalam sektor AI serta menambah kepentingan strategik dalam OpenAI dan Anthropic.
- Kerjasama melibatkan penyediaan prasarana cloud AWS dan pembangunan teknologi AI masa depan, di samping usaha mempertingkatkan pembantu maya Alexa.
- Penganalisis melihat langkah ini sebagai strategi Amazon untuk mengukuhkan kedudukan global AI dan mengurangkan kebergantungan kepada satu model bahasa besar.
SEATTLE: Amazon sudah melengkapkan pelaburan bernilai AS$50 bilion (S$64.09 bilion) dalam OpenAI, sekali gus membolehkan syarikat itu memperoleh hampir lima peratus pegangan ekuiti dalam firma pencipta ChatGPT itu.
Pelaburan tersebut memperkukuh kedudukan Amazon dalam sektor kecerdasan buatan (AI) serta menambah kepentingan strategiknya dalam OpenAI dan Anthropic, dua syarikat yang menjadi antara pemain utama dalam pembangunan AI generatif.
Selain pegangan saham, urus niaga itu turut merangkumi kerjasama jangka panjang melibatkan penyediaan prasarana pengkomputeran 'cloud' Amazon Web Services (AWS) dan pembangunan teknologi AI pada masa depan.
Sebelum ini, Microsoft merupakan antara pelabur utama OpenAI.
Pelaburan terbaharu Amazon dijangka meningkatkan lagi persaingan dalam perlumbaan pembangunan AI yang melibatkan syarikat-syarikat teknologi terbesar dunia.
Bagaimanapun, Amazon menyatakan syarikat itu akan terus memperkukuh pembangunan AI dalaman, termasuk meningkatkan keupayaan pembantu maya Alexa yang dikuasakan teknologi AI generatif.
Paa penganalisis pasaran berpendapat langkah itu mencerminkan strategi Amazon untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sektor AI global sambil mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana satu model bahasa besar (LLM).

Sumber : Agensi berita/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.