Amazon.com buka pejabat baru bertemakan taman
Syarikat Amazon.com membuka ruang pejabat baru di Seattle yang berkonsepkan taman hujan tropika.
SAN FRANCISCO: Syarikat Amazon.com membuka ruang pejabat baru di Seattle yang berkonsepkan taman hujan tropika.
Pengasas Amazon Jeff Bezos secara rasmi membuka projek ini menggunakan pembantu suara Amazon.
Kompleks Spheres adalah sebahagian daripada kampus bandar syarikat Amazon yang terletak berhampiran pusat bandar Seattle.
Setinggi empat tingkat, ia bukan seperti pejabat biasa, bahkah lebih kepada rumah hijau.
Ia menempatkan kira-kira 40,000 tumbuh-tumbuhan dan 400 spesis.
Pada siang hari, bahagian dalaman bangunan ini dikekalkan pada paras 22 darjah selsius.
Amazon.com berharap ia dapat mewujudkan ruang kerja yang ideal untuk para pekerjanya.
"Bangunan-bangunan unik ini lebih cantik jika dibandingkan dengan tempat kerja kakitangan Amazon (yang dulu)," kata gabenor Amerika Syarikat Jay Inslee dalam satu kenyataannya.
"Ia juga akan memelihara beberapa jenis pokok yang sukar untuk didapati di dunia selain membuka peluang pendidikan bagi para pelajar tempatan," tambah beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.