Amazon bakal hentikan lebih 17,000 pekerja
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
NEW YORK: Amazon.com merancang untuk memberhentikan lebih 17,000 pekerja, suatu jumlah lebih tinggi daripada yang dirancangkan sebelum ini oleh gergasi e-dagang itu.
Demikian dilaporkan Wall Street Journal (WSJ) pada Rabu (4 Jan), menukil individu-individu yang mempunyai maklumat akan perkara tersebut.
Sesetengah daripada pemberhentian pekerja tambahan itu melibatkan pangkat korporat Amazon, menurut laporan WSJ.
Syarikat yang berpangkalan di Seattle itu mula memberhentikan kakitangan dalam bahagian perantinya pada November.
Sumber memberitahu Reuters ketika itu bahawa Amazon menyasarkan untuk memberhentikan 10,000 pekerja.

Amazon bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan pertumbuhan pada rentak yang lebih perlahan sedang kadar inflasi yang melambung tinggi memaksa perniagaan dan pengguna untuk mengurangkan perbelanjaan.
Amazon merupakan majikan swasta kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) dengan lebih 1.5 juta pekerja termasuk kakitangan gudang.
Pemberhentian pekerja tambahan di Amazon akan membawa kepada jumlah yang lebih besar daripada apa yang diumumkan baru-baru ini dalam rancangan utama lain syarikat berkenaan.
Ini menandakan perubahan pantas buat peruncit itu, yang pada bulan lalu menggandakan siling gaji asasnya untuk bersaing secara lebih agresif bagi memikat bakat.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.