Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa 7.8 Richter landa Laut Maluku berhampiran Indonesia
Satu gempa bumi besar berukuran 7.4 pada skala Richter melanda timur Indonesia pada Khamis (2 Apr), menurut Jabatan Geologi Amerika (USGS), dengan pusat pemantauan itu mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku "gelombang tsunami berbahaya" dalam lingkungan 1,000km dari pusat gempa.
Pusat gempa bumi yang melanda kawasan Laut Maluku Utara di Indonesia pada 2 April 2026. (Gambar: US Geological Survey)
- Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Laut Maluku, timur Indonesia pada pagi Khamis.
- USGS melaporkan gempa berlaku pada kedalaman 10km dan pusatnya sekitar 120km dari bandar Ternate, Maluku Utara.
- Pusat Amaran Tsunami Pasifik memberi amaran kemungkinan tsunami berbahaya dalam lingkungan 1,000km dari pusat gempa, melibatkan pantai Indonesia, Filipina dan Malaysia.
- Amaran ini dikeluarkan bagi melindungi lebih 205,000 penduduk di kawasan terdekat dan negara jiran.
Gempa bumi itu, yang pada mulanya direkodkan pada magnitud 7.8, melanda pada waktu tempatan pukul 6.48 pagi di Laut Maluku, menurut USGS.
Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 10km, menurut USGS.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii menyatakan bahawa gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku "dalam lingkungan 1,000km dari pusat gempa" di sepanjang pantai Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 120km dari bandar Ternate, di wilayah Maluku Utara, Indonesia, yang mempunyai lebih 205,000 penduduk, menurut USGS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.