Amaran suhu ektrem berita palsu, tegas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: PraewBlackWhile/iStock)
KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan ada mengeluarkan amaran mengenai ramalan suhu ekstrem yang bakal melanda negara seperti tular menerusi aplikasi WhatsApp.
APM dalam kenyataan pada Jumaat (2 Mei) memaklumkan bahawa amaran itu yang menyatakan suhu akan meningkat antara 45 hingga 55 darjah Celsius adalah tidak benar.
“APM sangat memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti ini yang boleh memberikan kesan buruk khususnya kekeliruan dan menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, APM menasihati masyarakat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan kesahihannya.
Orang ramai juga diminta merujuk sumber rasmi seperti Jabatan Meteorologi Malaysia dan agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini mengenai keadaan dan amaran cuaca.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.