Skip to main content

Dunia

Amaran strok haba dikeluarkan di Jepun; suhu mungkin cecah 40 darjah Celsius

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Amaran strok haba telah dikeluarkan bagi 38 daripada 47 wilayah Jepun ketika gelombang haba luar biasa pada Isnin (29 Jul) mungkin menyebabkan suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, lapor Xinhua.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata sistem tekanan tinggi terus membawa cuaca panas terik terutamanya ke kawasan timur dan barat Jepun, dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius di bandar Kumagaya, Kofu dan Hamamatsu.

Menurut JMA, suhu tinggi pada waktu siang dijangka mencecah 39 darjah Celsius di bandar Saitama, Maebashi, Kyoto dan Okayama, manakala 38 darjah Celsius diramalkan bagi Tokyo, Utsunomiya, Otsu dan Kochi.

Pegawai cuaca menggesa orang ramai supaya tidak teragak-agak menggunakan alat hawa dingin, kerap minum air dan mengambil garam, serta mengelakkan aktiviti luar yang tidak perlu dan bersenam.
Sumber : Agensi berita/BERNAMA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita