Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran serangan udara dikeluarkan di beberapa kawasan Ukraine

Amaran serangan udara dikeluarkan di pelbagai kawasan di Ukraine pada awal pagi Sabtu (19 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Amaran serangan udara dikeluarkan di pelbagai kawasan di Ukraine pada awal pagi Sabtu (19 Okt).

Ini selepas Rusia melancarkan serangan baharu menggunakan dron, 'glide bomb' dan peluru berpandu, menurut perkhidmatan pertahanan udara Ukraine.

Sekitar 15 wilayah terjejas, termasuk Mykolaiv di selatan dan Dnipropetrovsk di tengah Ukraine.

Menurut pihak berkuasa Ukraine, tujuh orang cedera dalam serangan menggunakan dron dan 'glide bomb' di wilayah timur Sumy, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebahagian infrastruktur tenaga juga musnah.

Pada sebelah malam, ibu negara Kyiv turut mengeluarkan amaran serangan udara.

Menurut pihak berkuasa pertahanan udara Ukraine, semua dron Rusia di sekitar ibu negara itu telah dimusnahkan.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan