Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran salji tebal dikeluarkan bagi kawasan barat Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Agensi cuaca Korea Selatan mengeluarkan amaran salji tebal di kawasan barat negara itu termasuk Incheon dan Daejeon pada Sabtu (17 Dis). 

Setakat pukul 7.00 pagi, Kementerian Dalam Negeri meningkatkan tahap amaran bencana kepada "berjaga-jaga" iaitu ketiga tertinggi bagi sistem empat peringkat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) meramalkan salji setinggi lima hingga 15 sentimeter melanda bahagian barat wilayah Chungcheong Selatan, termasuk Jeolla Utara dan Jeolla Selatan pada Sabtu.

Sementara itu, salji melebihi 20 sentimeter dijangka melanda Pulau Jeju dan kawasan pantai di wilayah Jeolla Utara dan Jeolla Selatan.

Agensi itu turut mengeluarkan amaran salji tebal bagi wilayah Gwangju, Sejong, Chungcheong Selatan dan kawasan pergunungan Pulau Jeju.

Suhu di Seoul mencatatkan bacaan - 8.4 darjah Selsius (°C) pada waktu pagi, manakala Incheon - 7 °C, - 6 °C di Daejeon dan 0 °C di Busan.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan