Amaran ribut petir, hujan lebat di 9 negeri di Malaysia termasuk Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat di Indonesia. (Gambar: IStock)
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad (11 Mei), mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan amaran itu melibatkan Pulau Pinang, Perlis dan Kedah iaitu di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Bera dan Rompin di Pahang selain Hulu Langat di Selangor serta di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor iaitu di Tangkak, Segamat dan Muar.
Keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman seperti Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau, selain kawasan Pantai Barat seperti Papar.

Sumber : Bernama/AT?at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.