Amaran ribut petir, hujan lebat bagi hampir semua negeri di M'sia
SHAH ALAM: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri di negara tersebut sehingga pukul 8.00 malam pada Ahad (8 Jan).
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu membabitkan seluruh negeri Perlis dan di Kedah pula membabitkan kawasan Kubang Pasu; Pokok Sena; Padang Terap: Pendang; Kuala Muda; Sik dan Baling.
Di Perak membabitkan Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Perak Tengah; Kampar; Hilir Perak; Batang Padang dan Mualim, manakala di Kelantan pula membabitkan Tumpat; Pasir Mas; Kota Bharu; Tanah Merah; Bachok; Machang; Pasir Puteh dan Gua Musang.
"Di Terengganu amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan Besut dan Kemaman, di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron; Lipis; Raub; Jerantut; Bentong; Maran; Kuantan; Pekan dan Rompin.
"Sementara itu di Selangor melibatkan Sabak Bernam; Kuala Selangor; Hulu Selangor; Gombak dan Hulu Langat, turut terlibat dalam amaran itu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," menurut jabatan tersebut, seperti dipetik Sinar Harian.
Di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu; Seremban; Kuala Pilah dan Jempol, di Johor hanya membabitkan satu kawasan iaitu Mersing.
Dalam pada itu, di Sarawak membabitkan Kuching; Serian; Samarahan; Sri Aman (Lubok Antu); Mukah (Mukah); Kapit (Song dan Kapit); Bintulu; Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah melibatkan Sipitang; Nabawan; Tambunan; Tuaran; Ranau; Kota Belud; Tawau Kunak; Lahad Datu; Sandakan; Telupid; Beluran dan Kudat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.