Amaran ribut petir bagi sembilan negeri di M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail: Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kuar yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga 7.00 malam pada Ahad (15 Jan).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, negeri terlibat termasuklah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, dan Sarawak.
Di Kedah, kawasan terlibat ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Amaran juga dikeluarkan untuk Bentong dan Kuantan di Pahang Pahang; Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat (Selangor) serta Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin (Negeri Sembilan).
Keadaan cuaca yang sama juga dijangkakan berlaku di Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), serta Sarawak di Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau) dan Kapit (Song).

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.