Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran Korea Utara kepada PBB: Jangan bincangkan hak asasi manusia negaranya

Korea Utara memberi amaran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Rabu (4 Dis) supaya jangan membincangkan keadaan hak asasi manusia negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran Korea Utara kepada PBB: Jangan bincangkan hak asasi manusia negaranya

Duta Korea Utara ke PBB, Kim Song. (Gambar: Brendan McDermid/REUTERS)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 05:27PM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 05:29PM

PBB: Korea Utara memberi amaran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Rabu (4 Dis) supaya jangan membincangkan keadaan hak asasi manusia negara itu.

Pyongyang menyifatkan mesyuarat tersebut sebagai satu provokasi serius dan mengancam akan bertindak balas.

Duta Korea Utara ke PBB, Kim Song, mengeluarkan amaran itu selepas sebilangan negara anggota Majlis Keselamatan PBB merancang untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut pada bulan ini.

Menurut Encik Kim, mesyuarat sedemikian hanya akan menyokong dasar Amerika Syarikat yang bersifat permusuhan.

Beliau menambah bahawa mesyuarat tersebut tidak akan mengendurkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Isu hak asasi kemanusiaan di Korea Utara memang sering ditimbulkan di PBB namun beberapa negara Barat mahu mencari jalan diplomasi.

Amaran itu dikeluarkan sedang rundingan nuklear antara Korea Utara dengan Amerika Syarikat masih buntu.

Negara-negara Eropah juga mengutuk keras pelancaran peluru berpandu yang dilakukan oleh Pyongyang baru-baru ini. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan