Amaran hujan tahap bahaya di Pantai Timur Malaysia hingga Isnin ini
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) di seluruh Terengganu dan Kelantan serta beberapa lokasi di Pahang sehingga Isnin ini (25 Dis).
Menurut kenyataan MetMalaysia, di Pahang, hujan berterusan tahap buruk itu dijangka berlaku di Jerantut dan Kuantan.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di Pahang dan diramal berlaku di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin dalam tempoh yang sama.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula membabitkan Perlis; Kedah di kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakala di Perak meliputi kawasan Hulu Perak dan Kuala Kangsar mulai esok (24 Disember) sehingga Isnin.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Raub, Bentong, Temerloh dan Bera manakala Johor membabitkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi sehingga Ahad (24 Dis).

Sumber : Bernama/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.