Amaran hujan tahap bahaya di 4 negeri M'sia hingga 2 Mac
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu (1 Mac) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di empat negeri sehingga Khamis (2 Mac).
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikemas kini pada pukul 1.05 tengah hari Rabu, memaklumkan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan daerah Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.
Hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang sehingga Khamis.
Dalam pada itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) sehingga Rabu.
Situasi sama juga diramal berlaku di Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah) sehingga Khamis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.