Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran hujan lebat tahap buruk di Johor; mangsa banjir cecah lebih 5,000

Lebih 5,000 penduduk Johor ditempatkan di pusat pemindahan sementara di tengah-tengah amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di wilayah selatan itu pada Selasa (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Lebih 5,000 penduduk Johor ditempatkan di pusat pemindahan sementara di tengah-tengah amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di wilayah selatan itu pada Selasa (4 Jan).

Dalam satu kenyataan, pengerusi jawatankuasa kesihatan dan sekitaran Johor, R Vidyanathan, mengesahkan setakat tengah hari tadi, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 5,479 orang, berbanding 4,737 pada Isnin (3 Jan).

Encik Vidyanathan menambah kesemua mangsa berasal dari tujuh daerah iaitu Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Batu Pahat dan Muar.

Daerah Segamat paling teruk terjejas dengan lebih 4,000 mangsa banjir dilaporkan.

Dalam satu kemas kini pada Selasa, Jabatan Pengairan dan Saliran menyatakan lima sungai, dengan empat daripadanya di Segamat, berada pada paras bahaya.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia mengeluarkan amaran pada pukul 3.10 petang Selasa bahawa beberapa kawasan di selatan Johor seperti Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian dan Kulai, berisiko mengalami hujan lebat sehingga pukul 6.00 petang.

Dalam kenyataannya, Encik Vidyanathan juga berkata 79 pusat perlindungan sementara dibuka bagi menampung mangsa dan makanan turut disediakan.

Beliau menegaskan prosedur operasi standard kesihatan dilaksanakan untuk membendung penularan COVID-19 di pusat-pusat perlindungan itu.

"Kami perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan, tidak kira di mana kami berada," katanya.

"Semua mangsa banjir menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengesan sebarang gejala ringan apabila dimasukkan ke pusat-pusat perlindungan," kata Encik Vidyanathan.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan