Amaran hujan lebat tahap buruk di 7 negeri Malaysia hingga 11 Dis
Amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada diramal membabitkan kebanyakan negeri terutama di Pantai Timur hingga Rabu (11 Dis), menurut Jabatan Kaji Cuaca (METMalaysia) dalam satu kenyataan.
Hujan lebat berterusan tahap waspada dijangka berlaku di enam negeri di Malaysia. (Gambar: Bernama)
This audio is generated by an AI tool.
Amaran hujan berterusan tahap buruk itu melibatkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.
Sementara itu, METMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Di Kedah, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, di Hulu Perak, Perak, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang dan Segamat, Mersing serta Kota Tinggi di Johor.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.