Skip to main content

Dunia

Amaran hujan lebat di 4 negeri di M'sia termasuk Johor

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini (15 Dis) mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran hujan lebat di 4 negeri di M'sia termasuk Johor

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 15 Dec 2019 07:15PM Dikemas Kini : 15 Dec 2019 07:19PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini (15 Dis) mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Kawasan yang terlibat di Pahang ialah Rompin, manakala di Johor melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan hari ini berkata notis waspada dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi kawasan Maran; Kuantan; Bera dan Pekan di Pahang serta Tangkak; Muar; Batu Pahat; Pontian dan Johor Bahru di Johor yang diramal berlaku sehingga tempoh sama.

Selain itu, notis sama turut dikeluarkan bagi Kuala Pilah; Rembau; Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan dan seluruh negeri Melaka.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita