Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 14 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Bernama)
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada Jumaat (12 Jan) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang dijangka berlaku mulai Jumaat sehingga Ahad.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan kedua-dua kawasan itu membabitkan daerah Rompin di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.
Kenyataan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi tempoh sama di kedua-dua negeri terbabit melibatkan daerah Pekan di Pahang dan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai serta Johor Bahru di Johor.
Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan pada Jumaat di Sarawak yang meliputi beberapa kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, dan Mukah.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.