Amaran hujan hingga Sabtu bagi kebanyakan negeri di Semenanjung M'sia

Gambar hiasan: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga Sabtu (3 Dis).
MetMalaysia menerusi satu kenyataan pada Jumaat (2 Dis), memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu manakala hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).
Menurut jabatan itu, ribut petir dijangka berlaku pada petang Jumaat di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.
Hujan diramal pada Jumaat malam di seluruh negara, kecuali di beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian dan Samarahan) dan Sabah (Tawau) manakala ribut petir dijangka berlaku di Sandakan dan Kudat.
Pada Sabtu, hujan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan beberapa lokasi di Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).
Pada petang Sabtu, ribut petir diramal di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.
Pada Ahad (4 Dis), MetMalaysia menjangka berlakunya hujan pada sebelah pagi di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sabah.
Pada petang dan malam Ahad pula diramal ribut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.