Skip to main content

Dunia

Amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan bagi Johor hingga Jumaat

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk di Johor hingga Jumaat (21 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran hujan berterusan tahap buruk dikeluarkan bagi Johor hingga Jumaat

Hujan berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di Johor hingga Jumaat, 21 Mac 2025, melibatkan daerah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Mar 2025 06:38PM Dikemas Kini : 19 Mar 2025 06:39PM
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk di Johor hingga Jumaat (21 Mac).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia pada Rabu, kawasan yang terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada sehingga Jumaat di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat). 

Cuaca sama diramal di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

MetMalaysia juga menjangkakan hujan berterusan pada tahap waspada di Sarawak dengan kawasan terlibat Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga esok.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita