Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran hujan berterusan hingga 20 Dis bagi 8 negeri di M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di lapan negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor, yang dijangka berlaku hingga Selasa (20 Dis).

Jabatan itu dalam satu kenyataan pada Sabtu malam (17 Dis) memaklumkan hujan yang sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan diramalkan di Kelantan dan Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi, Cameron, Lipis serta Jerantut. 

MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru). 
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan