Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis) di Sarawak bermula hari ini (13 Jan) sehingga esok (14 Jan).
Sementara di Sabah, hujan berterusan diramal bermula pada Ahad (16 Jan) sehingga Selasa (18 Jan) melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Ranau, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.