Amaran hujan berterusan di Sabah, Kelantan dan Terengganu
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu (22 Mac) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa tempat di Sabah, Kelantan dan Terengganu, mulai Ahad hingga Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada pada 22 Mac 2025 bagi beberapa kawasan. (Gambar: Bernama)
Melalui amaran yang dikeluarkan pada jam 12.45 tengah hari Sabtu, MetMalaysia memaklumkan bahawa hujan berterusan dijangka melanda kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) serta Kudat di Sabah.
Di Kelantan pula, ia dijangka membabitkan kawasan sekitar Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.