Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga 17 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad (12 Feb) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula Ahad (12 Feb) sehingga Rabu (15 Feb).

Berdasarkan notis yang dikeluarkan pada tengah hari Ahad (12 Feb), kawasan amaran di Sarawak melibatkan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Sabah mulai Rabu (15 Feb) hingga Jumaat (17 Feb) melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan