Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu hingga Isnin
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu (27 Dis) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor sehingga Isnin (29 Dis).
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing.
Amaran hujan lebat tahap waspada turut dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran serta Bera) dan Johor (Segamat, Kluang serta Kota Tinggi).
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pula dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat 6 petang Jumaat (26 Dis).
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Batang Padang di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang selain Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Batu Pahat dan Pontian).
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.