Amaran hujan berterusan di Malaysia ditamatkan di beberapa negeri
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan yang sebelum ini dikeluarkan bagi beberapa negeri susulan keadaan cuaca yang kini semakin baik.
Menurut kenyataan jabatan itu, analisis model cuaca terkini mendapati tiada lagi potensi hujan berterusan di Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan, lapor Astro Awani.
Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan kategori Bahaya, Buruk dan Waspada yang dikeluarkan pada 4.30 petang, Jumaat (28 Nov) bagi kawasan berkenaan dengan rasmi ditamatkan.
MetMalaysia dalam pada itu menasihatkan orang ramai untuk terus mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi myCuaca serta platform media sosial MET Malaysia.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.