Skip to main content

Dunia

Amaran hujan berterusan di Johor, Pahang & Sarawak hingga 1 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran hujan berterusan di Johor, Pahang & Sarawak hingga 1 Feb

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 31 Jan 2023 10:13AM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa (31 Jan) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga Rabu (1 Feb). 

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada pukul 6.45 pagi Selasa (31 Jan) turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku sehingga Rabu di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu).  

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah pada Selasa.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita