Skip to main content

Dunia

Amaran cuaca sejuk bagi hampir 30 wilayah di AS

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran cuaca sejuk bagi hampir 30 wilayah di AS

Musim sejuk di Amerika Syarikat (Gambar: AP)

Diterbitkan : 23 Feb 2023 11:02AM
LOS ANGELES: Amaran cuaca sejuk dikeluarkan di 29 wilayah di Amerika Syarikat dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.

Ribut beserta salji dan hujan lebat dijangka melanda sebahagian besar kawasan utara Amerika Syarikat minggu ini, Xinhua memetik laporan CBS News pada Rabu (23 Feb).

Rakyat Amerika Syarikat diminta bersiap sedia untuk menghadapi salji, hujan batu, angin kencang dan kemungkinan banjir kilat.

Cuaca ekstrem dijangka mengganggu perjalanan dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan wilayah.

Lebih 1,400 penerbangan yang dijadualkan pada Rabu di AS telah dibatalkan, kebanyakannya membabitkan Minneapolis, Denver dan Detroit, menurut laman sesawang penjejakan FlightAware.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita