Amaran cuaca panas melampau dikeluarkan di puluhan wilayah Thailand
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Jack Taylor)
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand pada Sabtu (22 Apr) memberi amaran kepada penduduk di sebahagian besar wilayah negara itu, termasuk ibu kota Bangkok, supaya mengelak daripada berada di luar rumah disebabkan cuaca panas yang melampau.
Beberapa kawasan di Asia melaporkan cuaca panas yang melampau bulan ini, dengan beberapa negara mengalami suhu memecah rekod.
Di Bangladesh dan sebahagian India, suhu panas melampau menyebabkan permintaan bagi tenaga melonjak, sehingga bekalan elektrik terputus dab menjejaskan berjuta-juta orang.
Suhu di Bangkok, mencecah rekod setinggi 54 darjah Celsius di daerah Bangna pada Sabtu, menurut jabatan meteorologi.
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti luar dan berwaspada terhadap ancaman strok haba.
Jabatan pencegahan dan mitigasi Thailand menyatakan suhu dijangka melepasi 40 darjah Celsius di sekurang-kurangnya 28 wilayah pada Sabtu.
Cuaca panas melampau sejak kebelakangan ini menyaksikan penggunaan elektrik di Thailand meningkat tinggi, sebanyak lebih 39,000 megawatt pada 6 April., berbanding 32,000 megawatt pada April tahun lalu, kata jurucakap kerajaan Thailand Anucha Burapachaisri.
"Apa yang sedang berlaku sekarang adalah disebabkan perubahan iklim, yang membawa kepada fenomena cuaca melampau," kata Mathinee Yuchareon, seorang penyelidik bidang kelautan pantai dan perubahan iklim di Universiti Prince of Songkhla, kepada Reuters.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.