Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran cuaca buruk, hujan lebat di Pahang dan Johor hingga Sabtu

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk (peringkat jingga) dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga esok (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran cuaca buruk, hujan lebat di Pahang dan Johor hingga Sabtu

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 Jan 2021 02:57PM Dikemas Kini : 01 Jan 2021 02:58PM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk (peringkat jingga) dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga esok (2 Jan).

Ketua Pengarahnya Jailan Simon dalam kenyataan hari ini (1 Jan) berkata amaran cuaca waspada (kuning) turut dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di dua negeri terbabit serta di Kelantan dan Terengganu dan Sabah bagi tempoh yang sama.

Menurutnya lagi, amaran cuaca peringkat jingga melibatkan daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing dan Kluang di Johor.

Amaran peringkat kuning meliputi daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang diikuti Johor melibatkan daerah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru dan Sabah melibatkan pantai barat (Tuaran, Ranau, Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta seluruh Kelantan dan Terengganu.

“Dalam tempoh berkenaan, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung.

“Pada masa sama, kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang terutamanya pada waktu petang sehingga awal malam.
“Keadaan itu berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur tidak kukuh,” katanya.

Encik Jailan berkata angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dalam tempoh berkenaan.

Keadaan itu, katanya boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai serta muara sungai kawasan terbabit.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan