Amaran bom sebabkan penerbangan terpaksa mendarat di Perancis, Bulgaria, Belgium
Gambar arkib sebuah pesawat Aer Lingus. (Gambar: Reuters/Toby Melville)
- On Thursday morning, 5 November, several European flights received bomb threats or reports of suspicious activity, prompting airlines and authorities to take precautionary measures.
- An Aer Lingus flight from Dublin to Rome was diverted to Evreux air base, while the French air force deployed aircraft to escort it.
- Finnair and Jettime flights landed in Vienna, while a LOT aircraft from Warsaw arrived safely in Brussels; a Finnair flight to Rome also received a threat.
- The incidents followed threats against about 10 flights on Tuesday, including four Ryanair flights, but checks found no explosives and all the aircraft landed safely.
- Pada pagi Khamis, 5 November, beberapa penerbangan Eropah menerima ancaman bom atau laporan mencurigakan, menyebabkan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga.
- Pesawat Aer Lingus dari Dublin ke Rom dilencongkan ke pangkalan udara Evreux, manakala tentera udara Perancis mengerahkan pesawat untuk mengiringinya.
- Penerbangan Finnair dan Jettime mendarat di Vienna, sementara pesawat LOT dari Warsaw tiba dengan selamat di Brussels; penerbangan Finnair ke Rom turut menerima ancaman.
- Insiden ini menyusuli ancaman terhadap kira-kira 10 penerbangan pada Selasa, termasuk empat penerbangan Ryanair, tetapi pemeriksaan tidak menemui bahan letupan dan semua pesawat mendarat dengan selamat.
PARIS: Ancaman bom menyebabkan pesawat-pesawat penumpang terpaksa melakukan pendaratan luar rancangan di seluruh Eropah pada pagi Khamis (5 Nov). Ini merupakan kejadian terkini dalam siri ancaman yang menyasarkan penerbangan di Eropah.
Syarikat penerbangan Ireland, Aer Lingus, menyatakan penerbangan EI402 dari Dublin ke Rom telah dilencongkan sebagai langkah berjaga-jaga keselamatan dan mendarat dengan selamat di lapangan terbang Evreux, yang terletak 100km di barat Paris.
Menukil pejabat Perdana Menteri Perancis, Reuters melaporkan pesawat Airbus A320 itu telah dilencongkan ke pangkalan udara Evreux di Perancis.
Pejabat Perdana Menteri sedang memantau situasi tersebut, tambah laporan itu.
Menurut laman web penjejakan penerbangan Flightradar24, sebuah pesawat Aer Lingus berpatah balik berhampiran Paris dan berlegar-legar di ruang udara kawasan Evreux selepas mengisytiharkan kecemasan dalam penerbangan.
Tentera udara Perancis menyatakan mereka telah mengerahkan pesawat sebaik sahaja ancaman itu dilaporkan, lapor AFP.
"Pesawat itu telah dilencongkan dan sedang diiringi ke lapangan terbang Evreux," yang terletak di barat Paris, tambah kenyataan itu.
Seorang jurucakap syarikat penerbangan Finland, Finnair, berkata satu penerbangan dari Helsinki — yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan sewa khas Jettime — telah mendarat seperti biasa di Vienna pada Khamis selepas menerima ancaman bom.
Sebelum itu, Finnair memaklumkan satu lagi penerbangan mereka ke Rom turut mendarat selepas menerima ancaman bom, lapor Reuters.
Menukil satu sumber, Reuters melaporkan sebuah penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Poland, LOT, dari Warsaw telah mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Brussels susulan satu laporan yang mencurigakan.
Seorang jurucakap lapangan terbang tersebut memberitahu media Belgium bahawa tiada langkah keselamatan tambahan diperlukan.
Pihak lapangan terbang tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan. Rentetan insiden ini berlaku susulan kira-kira 10 penerbangan di Eropah yang menjadi sasaran ancaman bom pada Selasa, yang menyebabkan sebuah lapangan terbang di Warsaw ditutup buat sementara waktu, manakala pesawat tentera udara di Rom pula dikerahkan, menurut pihak berkuasa.
Tiada bahan letupan ditemui dalam insiden-insiden tersebut, walaupun pemeriksaan menyeluruh telah dijalankan selepas kesemua pesawat itu berlepas dan mendarat dengan selamat di pelbagai bandar di Eropah dalam selang masa beberapa jam sahaja, lapor AFP.
Syarikat penerbangan tambang murah Ireland, Ryanair, nampaknya paling terjejas, dengan empat penerbangannya ke destinasi berbeza menjadi sasaran.
Dua amaran bom menyasarkan pesawat yang menuju ke ibu kota Poland, Warsaw—termasuk satu penerbangan SAS Scandinavian Airlines dari Copenhagen dan satu lagi dari Heathrow yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Poland, LOT—menurut pihak berkuasa lapangan terbang Poland.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.