Skip to main content

Dunia

Amaran angin kencang, laut bergelora sampai Sabtu

Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka terus berlaku di kawasan perairan barat Samui dan Phuket hari ini (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran angin kencang, laut bergelora sampai Sabtu

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 05 Jan 2019 10:20AM Dikemas Kini : 05 Jan 2019 10:23AM

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka terus berlaku di kawasan perairan barat Samui dan Phuket hari ini (5 Jan).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya menyatakan semalam (4 Jan) angin berkelajuan 50-60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter adalah berbahaya bagi semua kegiatan perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Jabatan itu turut memaklumkan, angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Timur Samui dan Selat Melaka Utara dalam tempoh sama. Keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Angin berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter berbahaya bagi bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita