Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amanah umum calon PRN Johor pada 18 Feb

Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan kesemua 16 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Jumaat ini (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan kesemua 16 calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Jumaat ini (18 Feb).

Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata maklumat lanjut mengenai pengumuman tersebut akan dimaklumkan sehari sebelum itu.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Johor berkata apa dijanjikan adalah calon yang diketengahkan itu boleh dipercayai dan tidak lompat parti.

“Kita mahu beri satu jaminan kepada rakyat yang mengundi di Johor ini, keluarlah mengundi. 

“Jangan bimbang. Insya-Allah wakil rakyat yang diundi itu tidak akan dapat melompat parti lagi selepas ini. Itu komitmen yang kita berikan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Jentera PH + MUDA’ di Pulai Springs Resort pada Isnin (14 Feb).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Amanah bertanding 12 kerusi DUN dan menang sembilan kerusi iaitu Kemelah, Serom, Simpang Jeram, Maharani, Parit Yaani, Senggarang, Mahkota, Kota Iskandar dan Pulai Sebatang.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan