Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu

Anggaran Waktu Membaca:
Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu

Gambar: Parti Amanah Negara / Facebook

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan barisan pengerusi Amanah negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, barisan kepimpinan baharu itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan pengerusi Amanah negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah.

"Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur," katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Amanah pada Rabu (14 Feb).

Berikut adalah senarai Pengerusi Amanah Negeri:

Johor: Aminolhuda Hassan

Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris

Kelantan: Adly Zahari

Melaka: Ashraf Mukhlis Minghat

Negeri Sembilan: MK Ibrahim Abd Rahman

Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly

Perak: Asmuni Awi

Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim

Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil

Sabah: Lahirul Latigu

Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili

Selangor: Izham Hashim

Terengganu: Mohd Hasbie Muda

Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan