Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amanah serah kepada BN tentukan calon Menteri Besar Kelantan

Anggaran Waktu Membaca:
Amanah serah kepada BN tentukan calon Menteri Besar Kelantan

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 24 Jun 2023 06:30PM Dikemas Kini : 24 Jun 2023 06:32PM

KOTA BHARU: Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Khalid Abdul Samad menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon Menteri Besar jika gabungan Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Beliau berkata, tindakan itu tepat apabila BN dilantik sebagai ketua selepas membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan dengan PAS pada PRN itu nanti.

"Untuk PRN Kelantan, BN akan 'lead' secara keseluruhan walaupun kita ada bertanding di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Bagaimanapun, semua perkara itu akan dibincangkan kemudian," katanya semasa sidang akhbar di Pejabat Amanah Kelantan pada Sabtu (24 Jun), lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, kerjasama antara BN dan PH berjalan baik apabila kesemua parti tidak bersikap 'abang besar'.

Ujarnya, segala perbincangan yang sudah diatur sebelum ini berjalan lancar.

Encik Khalid memberitahu, PRN kali ini Amanah menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya empat daripada 14 kerusi yang diperuntukkan kepada PH.
Kata beliau, sasaran itu mampu dicapai jika seluruh jentera parti memberikan komitmen pada PRN nanti.
Pengarah Komunikasi Amanah itu mengakui, Kelantan sukar untuk ditembusi kerana rata-rata rakyat sudah sebati dengan PAS.

"Namun ia tidak menggugat semangat PH dan BN untuk menggempur negeri ini dengan sekurang-kurangnya menambahkan lagi bilangan wakil rakyat pembangkang di DUN," ujarnya, lapor Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan