Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amalan murni para pelajar salam 'Pak Guard' dapat pujian ramai

Jarang sekali kita melihat pelajar memberi salam sambil mencium tangan pengawal keselamatan di pintu sekolah sebelum memulakan sesi persekolahan harian.

Anggaran Waktu Membaca:
Amalan murni para pelajar salam 'Pak Guard' dapat pujian ramai

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Nov 2019 11:31PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 11:34PM

KUALA LUMPUR: Jarang sekali kita melihat pelajar memberi salam sambil mencium tangan pengawal keselamatan di pintu sekolah sebelum memulakan sesi persekolahan harian.

Namun, nilai murni itulah yang diamalkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Luagan di Keningau, Sabah.

Sebuah rakaman video yang tular yang dimuatnaik di media sosial oleh seorang pemandu lori, Azwan Mahmin disambut baik oleh orang ramai, termasuk Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik.

Menulis dalam akaun Twitternya, Encik Maszlee memuji tingkah laku para pelajar sekolah itu sambil berkata budaya saling menghormati perlu diterapkan dalam anak-anak.

“Sekolah sememangnya harus berfungsi sebagai satu platform pendidikan yang memupuk budaya hormat-menghormati,” katanya.

Video sepanjang 41 saat itu ditonton lebih 360,000 kali dan dikongsi lebih 11,500 kali oleh para netizen.

Pemilik video tersebut, Azwan Mahmin, berkata beliau terdetik merakam video itu kerana tersentuh dengan akhlak yang ditonjolkan oleh para pelajar sekolah itu kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

“Sedang dalam perjalanan ke rumah adik sepupu saya yang berhadapan dengan sekolah itu untuk sarapan pagi, saya melihat pelajar sekolah memberi salam kepada pengawal keselamatan itu.

“Gelagat pelajar itu membuat saya tersentuh. Tidak ada niat untuk tularkan benda (video) itu cuma ingin berkongsi dengan rakan-rakan di Facebook sebab ia jarang-jarang berlaku namun tidak menyangka video itu tular,” katanya.

Azwan berkata adik sepupunya itu memaklumkan budaya bersalaman dengan pengawal keselamatan adalah rutin harian pelajar di sekolah itu tanpa mengira umur.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan