Altimet antara 20 calon PKR di PRN Selangor
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: sa.b.ar_n20/Instagram)
SHAH ALAM – Penyanyi, Altimet, merupakan antara 20 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Altimet, atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, yang dicalonkan untuk DUN Lembah Jaya menzahirkan rasa syukur dan terharu terhadap pencalonan tersebut, lapor agensi berita Kosmo.
Beliau, yang lebih 13 tahun bermastautin di Ampang, akan mencuba sebaiknya untuk membalas kepercayaan pimpinan parti.
“Saya rasa Alhamdulillah, diberikan tugas oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sebelum ini sebagai penyelaras di sana (DUN Lembah Jaya) selama sembilan bulan sebelum DUN Selangor dibubarkan," kata Altimet seperti dipetik Kosmo.
“Ini memberikan peluang saya mengenali gerak kerja seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mengenali orang (pengundi) di sana. Saya mahu lahirkan kawasan yang mesra kepada lapisan masyarakat dan umur di DUN itu."
Awal dari itu, pengumuman calon disampaikan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Anwar Ibrahim, di padang awam Seksyen 7 di Shah Alam.
Turut diumumkan adalah calon PKR bagi lima lagi negeri yang turut terlibat dalam PRN kali ini.
Sementara itu, Erni Afrishah Azizi menjadi calon paling muda yang akan bertanding di DUN Sementa selain 11 muka baharu, lapor Kosmo.
Encik Amirudin kekal dicalonkan bagi mempertahankan DUN Sungai Tua yang dimenangi sebelum ini.
Bagaimanapun, DUN Batu Tiga yang sebelum ini disandang PKR menerusi Rodziah Ismail dilepaskan kepada Parti Amanah Negara (Amanah), dengan PKR mengambil kerusi DUN Hulu Kelang.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.