Skip to main content

Dunia

'Along' SG baling bom petrol, empat rumah di Iskandar Puteri terbakar

Anggaran Waktu Membaca:
 'Along' SG baling bom petrol, empat rumah di Iskandar Puteri terbakar

(Gambar: Facebook/Liew Chin Tong)

Diterbitkan : 11 May 2026 09:13PM Dikemas Kini : 11 May 2026 09:16PM
ISKANDAR PUTERI: Polis Malaysia menerima laporan berkaitan empat kediaman di Bukit Indah, Iskandar Puteri, yang terbakar dipercayai akibat dibaling bom petrol dalam kejadian pada Jumaat (8 Mei) dan Sabtu lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kenyataan ringkas memaklumkan polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Liew Chin Tong meluangkan masa ke lokasi kejadian yang dipercayai dilakukan sindiket pinjaman wang tanpa lesen dari Singapura.

Encik Liew dalam catatan Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Balai Bukit Indah Inspektor J.M Alvin Sudesshen yang bertindak pantas sebaik menerima laporan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling menyokong inisiatif penduduk setempat dalam mewujudkan kemudahan keselamatan dan menyalurkan peruntukan kebajikan kepada mereka yang terjejas serta memaklumkan tindakan susulan akan diambil.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita