Skip to main content

Dunia

Allianz batal pemerolehan Income Insurance: Sumber

Anggaran Waktu Membaca:
Allianz batal pemerolehan Income Insurance: Sumber
Diterbitkan : 14 Dec 2024 12:37PM Dikemas Kini : 14 Dec 2024 01:12PM
MUNICH: Allianz SE membatalkan cadangan pemerolehan bernilai €1.5 bilion (S$2.1 bilion) untuk 51 peratus saham dalam syarikat Singapura Income Insurance Ltd disebabkan tentang orang awam terhadap perjanjian tersebut, dedah sumber yang dekat dengan isu itu.

Jika dipersetujui, perjanjian itu akan menjadikan Allianz syarikat insurans komposit keempat terbesar di Asia, naik dari ranking kesembilan sebelum ini.

Namun ia mencetuskan kritikan di Singapura disebabkan kebimbangan bahawa ia akan menjejaskan misi menyediakan insurans mampu milik bagi pekerja berpendapatan rendah.

Keputusan tersebut mungkin akan diumumkan secara terbuka pada minggu akan datang, kata sumber itu, yang enggan didedahkan namanya. Allianz enggan memberi komen.

Pada Jumaat (13 Dis), Bloomber melaporkan bahawa syarikat insurans Jerman itu hampir membatalkan perjanjian tersebut.

Perdana Menteri Lawrence Wong berkata pada Oktober bahawa Singapura akan menyekat tawaran Allianz, namun tetap terbuka kepada perjanjian baharu jika kebimbangan terhadapnya dapat ditangani, yang akan cuba dilaksanakan Allianz.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita