Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Allah boleh hantar malaikat menyerupai sesiapa yang tak balik mengundi" - Timbalan Ketua Pemuda PAS

Dengan pengumuman hari mengundi dan hari penamaan calon bagi PRU14 diumumkan, parti-parti politik Malaysia bersiap sedia untuk bertempur bagi mendapatkan jumlah kerusi di Parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
"Allah boleh hantar malaikat menyerupai sesiapa yang tak balik mengundi" - Timbalan Ketua Pemuda PAS

Nor Azariza Mohd Alawi. (Gambar: Nor Azariza Mohd Alawi/Facebook)

Diterbitkan : 10 Apr 2018 10:30PM Dikemas Kini : 10 Apr 2018 10:58PM

KELANTAN: Dengan pengumuman hari mengundi dan hari penamaan calon bagi PRU14 diumumkan, parti-parti politik Malaysia bersiap sedia untuk bertempur bagi mendapatkan jumlah kerusi di Parlimen.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Encik Nor Azariza Mohd Alawi, parti politik PAS meletakkan keyakinannya kepada Allah yang akan memberikan kemenangan kepada sesiapa yang memperjuangkan untuk menegakkan agama Islam.

Beliau menggunakan Perang Badar sebagai contoh, di mana Allah membantu tentera Islam dengan menghantar malaikat yang menaiki kuda, siap bersenjata dengan pedang memerangi musuh Islam pada ketika itu, menurut laman Malaysiakini.

"Allah kalau nak tolong kita, seribu cara dia boleh tolong walaupun (kita hanya) masuk pilihan raya, bukan berperang.

"Allah boleh tolong macam mana? Saya nak buat contoh mudah. Kalau Perang Badar dulu Allah hantar malaikat bawa pedang, naik kuda pergi berperang bersama orang Islam.

"Itulah malaikat Allah, Allah hantar nak bagi kegerunan kepada tentera kafir," kata beliau semasa sesi syarahan semalam (9 Apr) ditukil laman Malaysiakini.

Beliau meneruskan ceramah beliau dengan mengambil beberapa iktibar babak-babak sejarah di mana malaikat membantu mereka yang memperjuangkan Islam, sehinggakan berkata bahawa kalau Allah inginkan, Allah akan menghantar malaikat memegang kad pengenalan untuk mengundi.

"Jadi dalam pilihan raya boleh tak Allah hantar malaikat bawa IC (kad pengenalan) beratur pergi mengundi? Boleh tak? Senang sangat adik-kakak (tuan-tuan dan puan-puan)," kata beliau.

"Allah boleh hantar malaikat menyerupai sesiapa yang tak balik mengundi. Pegang IC, berdiri dan beratur di depan kita," tambah beliau lagi ditukil laman Malaysiakini.

Beliau turut menjelaskan situasi pada PRU 1990 di mana PAS berjaya menang dengan 39 kerusi oleh mantan menteri besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai seolah-olah ada persefahaman antara malaikat di langit dan pengundi di bumi.

Hati para mengundi kata beliau, juga boleh berubah dalam sekelip mata dengan izin Allah walaupun seseorang itu bukan di kalangan penyokong tegar PAS. 

Sumber : Agensi berita/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan