Skip to main content

Dunia

Aliran wang Twitter masih negatif sedang pendapatan iklan merosot, kata Elon Musk

Anggaran Waktu Membaca:
Aliran wang Twitter masih negatif sedang pendapatan iklan merosot, kata Elon Musk

(Gambar fail: OLIVIER DOULIERY/AFP)

CALIFORNIA: Elon Musk berkata aliran wang Twitter kekal negatif disebabkan kemerosotan hampir 50 peratus pada pendapatan pengiklanan dan jumlah hutang yang banyak.

"(Kami) perlu capai aliran wang positif sebelum kami mempunyai kemewahan yang lain," tulis Encik Musk dalam catatan Twitternya pada awal Sabtu (15 Jul).

Selepas Encik Musk memperolehi Twitter pada Oktober, syarikat media sosial itu berdepan keadaan huru-hara selama beberapa bulan, termasuk ribuan kakitangan yang diberhentikan, kecaman terhadap langkah tidak ketat dalam menyederhanakan kandungan dan para pengiklan yang tidak ingin iklan mereka muncul bersama kandungan yang tidak sesuai.

Pelantikan mantan ketua pengiklanan NBCUniversal, Linda Yacca Yaccarino, menandakan bahawa penjualan iklan kekal sebagai keutamaan bagi Twitter sedang ia cuba meningkatkan pendapatan langganan.
Pada Khamis (13 Jul), Twitter menyatakan bahawa pencipta kandungan yang terpilih akan layak untuk menerima sebahagian daripada pendapatan pengiklanan yang diperoleh syarikat itu.

Ia merupakan usaha untuk menarik lebih ramai pencipta kandungan ke laman media sosial itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita